Taufik Abdul Halim

Taufik Abdul Halim (39 tahun) merupakan bekas anggota Jemaah Islamiyah (JI) dan pakar membuat bom bagi kumpulan militan itu. Beliau telah dipenjarakan selama 12 tahun di Penjara Salemba, Jakarta Indonesia . [1]Taufik Abdul Halim terlepas daripada hukuman tembak sampai mati di Indonesia kerana didapati bersalah terlibat dalam cubaan mengebom Pusat Beli-belah Plaza Atrium, Jakarta, pada 1 Ogos 2001.Taufik ialah antara 350 bekas anggota JI yang dibebaskan dari penjara Indonesia selepas mendapat keampunan PresidenIndonesia yang baru, Joko Widodo.Beliau mula dikenali selepas terlibat dalam rompakan Kumpulan Mujahideen Malaysia di Southern Bank, Petaling Jaya pada 2001, di mana hasil rompakan digunakan untuk membiayai kumpulan pengganas di Jakarta dan Ambon. Taufik turut dikaitkan dengan insiden serupa di dua buah gereja di timur Jakarta. Taufik cedera parah hingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong selepas bom yang dibawanya meletup di pusat membeli-belah Plaza Atrium, Jakarta pada 1 Ogos 2001. Kini kakinya kudung.Taufik (27 tahun) pernah mendapat 5A dalam UPSR. Kemudian merupakan bekas pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama Kluang dan belajar di Maahad Johor di Johor Bharu. Beliau pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam , bergiat aktif dalam gerakan Tabligh bersama keluarganya di Kluang - mendengar ceramah-ceramah .Dia merupakan anak kedua dalam keluarga. Beliau turut dikenali sebagai Dani atau Yuli Mulya Purnomo . Perjuangannya selama ini adalah untuk saudara sesama Islam dan dia begitu tersentuh dengan apa yang berlaku di Ambon.Taufik Abdul Halim dikatakan terjebak dengan kumpulan pengganas selepas dipengaruhi abang iparnya, Zulkifli Abdul Khir atau dikenali sebagai Marwan, yang menjadi individu paling dikehendaki di Asia Tenggara dan diburu sehingga kini.